Muqaddimah - Pengenalan Kepada Perkara Penting 2019
Pengenalan Kepada Perkara Penting
Ustaz Auni FansMuqaddimah - Pengenalan Kepada Perkara Penting.
Senarai di bawah ini bukan mengikut tarikh ia diposkan di Facebook sebaliknya mengikut kepentingan sesuatu tajuk. Saya telah susun semula artikel tersebut dengan medahulukan sesuatu yang perlu didahulukan supaya lebih mudah difahami. Insya ALLAH ada banyak lagi artikel yang akan saya post pada masa akan datang untuk menjelaskan mengenai tanda-tanda 2019 - 2059.
Tulisan ini tiada hak cipta kerana tulisan ini pun bukanlah dicipta atau direka atau teori dan andaian. Saya tegaskan sekali lagi di dalam agama kita tidak boleh membuat andaian atau teori. Kita tidak boleh mengambil hadis atau ayat AL QURAN untuk membuat andaian itu dan ini. Para ulama sekalipun mereka akan duduk bermuzakarah sesuatu perkara hingga mencapai kesepakatan barulah mengeluarkan sesuatu keputusan dalam hal berkaitan agama.
Jika benarlah apa yang saya sampaikan berkaitan 2019 - 2059 adalah teori nescaya saya sudah membuat andaian atau teori mengenai Imam Mahdi dengan menggunakan hadis- hadis berkaitannya tetapi saya tidak melakukan sebarang andaian atau teori dalam agama.
Apa yang saya tulis selama ini berkaitan 2019 - 2059 adalah berdasarkan gerak hati saya yang membenarkan wahyu ALLAH yang pernah diwahyukan di dalam AL QURAN dan Sunnah dan membenarkan pula sejarah yang pernah berlaku dan ada pula apa yang terfikir itu benar-benar berlaku selepas itu. Ia satu proses yang diterbalikkan daripada proses teori dan andaian. Saya menyebut ilmu ini sebagai tanda.
Saya adalah seorang yang sangat gemar membuat ramalan dalam perkara berkaitan ekonomi, politik dan sebagainya dan saya benar-benar memahami perbezaan antara ramalan dan tanda. Ramalan atau teori adalah sesuatu yang bersandarkan fakta terlebih dahulu dan selepas itu barulah dibuat andaian. Proses seperti itu tidak berlaku dalam penemuan saya berkaitan 2019 - 2059. Prosesnya benar-benar diterbalikkan seperti yang telah saya jelaskan di atas.
ALHAMDULILLAH bermula daripada bulan Ramadhan 2011 sedikit demi sedikit ALLAH SUBHANAHU WATA‟ALA meyakinkan saya bukan saja daripada tanda-tanda yang diperlihatkan malah daripada kesaksian orang-orang beriman yang sering mengamalkan surah Al Kahf, maka dengan itu saya sudah sampai ke tahap sangat yakin mengenai ilmu ini.
Maka apabila saya sudah sangat yakin dan ilmu ini pula bersangkutan dengan soal keselamatan aqidah umat Islam maka wajib saya menyampaikannya dan wajib juga atas umat Islam bersabar dengan perkhabaran ini hingga kita tiba pada masanya nanti kerana itulah adab-adab yang telah ditetapkan ALLAH SUBHANAHU WATA‟ALA dalam perkara sebegini.
Saya mengizinkan tulisan-tulisan saya di bawah ini untuk dicetak, boleh juga dibukukan untuk rujukan di masa akan datang tetapi jangan dijual. Kos pencetakan dan pembukuan hendaklah atas tanggungan sendiri ikhlas semata-mata kerana ALLAH. Rujukan atau sebarang persoalan berkaitan 2019 - 2059 hendaklah dikembalikan semula di sini agar tidak berlaku kekeliruan atau fitnah yang boleh membawa kepada kerosakan atas iman. Jangan menokok tambah atau mengurangkan penjelasan yang telah saya sampaikan, jangan mengeluarkan apa-apa pendapat terhadap tulisan ini. Hendaklah disampaikan ayat
demi ayat, baris demi baris, perenggan demi perenggan supaya maksud dakwah ini tidak berubah.
Hendaklah setiap kariah menyimpan sekurang-kurangnya satu salinan dan dibawa ke Masjid masing-masing untuk di bacakan terutamanya pada hari Jumaat 8 Mac 2019 bersamaan 1 Rejab 1440.
Insya ALLAH, tulisan-tulisan ini akan menjadi bukti agar umat Islam beribadat di hari dan bulan yang betul setelah terjadinya kekeliruan berapa harikah sudah berlalu selepas kegelapan nanti. Di waktu tibanya dajjal membuat penipuan tarikh barulah umat ini akan sedar mengapa petunjuk ini penting dalam menyelamatkan umat Islam agar tidak beribadat mengikut kalendar palsu ciptaan dajjal. Saya tidak mengharapkan apa-apa upah, darjah penghormatan atau pujian, memadailah kita menjaga tulisan ini sebaik- baiknya mengingatinya dan menyampaikannya kepada orang lain terutamanya ahli keluarga terdekat. Cukuplah rezeki pemberian ALLAH kepada saya. ALHAMDULILLAH, Mudah-mudahan sedikit penulisan saya ini memberi manfaat untuk kita semua.
Berikut adalah beberapa artikel tersebut, Insya ALLAH akan menyusul lagi artikel-artikel seterusnya di masa akan datang. Terima kasih, Semoga ALLAH SUBHANAHU WATA‟ALA merahmati kita semua. WALLAHU a‟lam, Wassalam.
...bersambung
kredit: Abdul Khalid Abdul Aziz
0 Response to "Muqaddimah - Pengenalan Kepada Perkara Penting 2019"